ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai Program Lawatan Industri ke Johor Port Berhad yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS) pada 25 September 2025.
Program ini turut melibatkan penyertaan Industri Lead Body (ILB) The Chartered Logistics and Transportation Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, UniKL MITEC serta KPM Bandar Penawar.
Sepanjang lawatan, para delegasi berpeluang meninjau secara langsung operasi di pelabuhan, memahami teknologi yang digunakan, di samping berbincang mengenai peluang kerjasama baharu yang dapat memperkukuh pembangunan TVET dalam bidang logistik dan pelabuhan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Johor Port Berhad atas layanan mesra yang diberikan. Semoga jaringan strategik ini terus diperkasa demi melahirkan graduan TVET yang kompeten dan berdaya saing di peringkat industri.
