07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Isnin, 29 September 2025 – ADTEC JTM Kampus Senai telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan SATAKE Technologies Sdn Bhd, Dato’ J. Palaniappan, bersama Encik Navanethan, Pengurus Operasi, dan Encik Selvakumaran, Pengurus Cawangan Johor Bahru. Ketibaan pihak syarikat telah disambut mesra oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, Tn. Hj. Zuraidy bin Kadir (Timbalan Pengarah Operasi), serta Pn. Norina binti Andang (Penolong Pengarah CESS).

Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan Program Boilerman sebagaimana yang termaktub dalam dokumen perjanjian yang telah ditandatangani bersama. Bagi tujuan ini, pihak syarikat akan menghantar peralatan yang diperlukan ke ADTEC JTM Kampus Senai serta melaksanakan kerja-kerja penyediaan dan pemasangan. Semua kos yang terlibat akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Selain itu, pihak syarikat juga bersetuju untuk melaksanakan Kursus Generative AI kepada kakitangan kampus melalui dana yang akan diuruskan oleh pihak syarikat.

Di akhir sesi, pihak syarikat telah dibawa meninjau ruang yang akan digunakan untuk penempatan peralatan berkenaan, di samping menilai kemudahan kampus yang boleh dimanfaatkan.

Diharapkan kerjasama strategik ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara ADTEC JTM Kampus Senai dan SATAKE Technologies Sdn Bhd, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi serta penerapan teknologi baharu. Usaha ini juga selari dengan matlamat Johor Talent Development Council (JTDC) dalam merealisasikan cadangan gaji premium di negeri Johor melalui penawaran tenaga kerja mahir yang kompeten dan berdaya saing.

Skip to content