Putrajaya, 30 September 2025 – Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts Dr Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, telah mengetuai delegasi institut bagi membentangkan hala tuju ADTEC JTM Kampus Senai kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Datuk Rospiagos bin Taha. Pembentangan ini turut dihadiri oleh En Azizul bin Mustafa, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JTM, dan Puan Rohani a/p Ngandi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran JTM.
Dalam pembentangan ini, Ts Dr Haji Azli Amin bin Ahmad Raus telah mengemukakan perancangan pemindahan dua bahagian dari ADTEC JTM Pasir Gudang ke Kampus Senai. Beliau turut membentangkan 10 perancangan kerjasama dan Memorandum Persefahaman (MOU) untuk ADTEC JTM Kampus Senai. Pembentangan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada Ketua Pengarah JTM bagi memacu hala tuju dan pembangunan ADTEC JTM Kampus Senai ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.
Pembentangan ini juga menunjukkan komitmen ADTEC JTM Kampus Senai dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik dan pembangunan kemahiran yang lebih relevan dengan keperluan industri serta menyokong aspirasi negara dalam bidang latihan teknikal dan vokasional.
