Program Literasi Tenaga Malaysia (MELP), yang anjuran Bahagian Komunikasi Pelanggan & Jalinan Pihak Berkepentingan, Bahagian Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB), dengan kerjasama Jabatan Tenaga Malaysia (JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia, bertujuan memupuk amalan yang peka tenaga dan selamat dalam kalangan pelajar di ADTEC Kampus Senai pada 30 September 2025.
Seminar Kecekapan Tenaga Pemangkin ke Arah Peralihan Tenaga ini merangkumi inisiatif kecekapan tenaga, kesedaran keselamatan dan amalan terbaik oleh Suruhanjaya Tenaga (ST), perkongsian mengenai struktur tarif baharu, pakej telekomunikasi terkini oleh ALLO, serta panduan kerjaya daripada Bahagian Modal Insan TNB.
Dengan penyertaan lebih 250 orang peserta, maklumat disampaikan oleh TNB Retail dan ALLO yang mempamerkan solusi tenaga praktikal serta sumber sokongan untuk gaya hidup lestari.
