07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Trial Run bagi Program ACCT telah berjaya dijalankan di ADTEC JTM Kampus Senai pada 29–30 September 2025 sebagai langkah persediaan sebelum pelaksanaan rasmi program dengan sokongan padu daripada pihak industri.

Trainer ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai yang terlibat:

  1. En. Mohd Qayyum bin Mohd Khalid
  2. En. Hasri bin Aly Imran
  3. Pn. Zatulmaharah binti Baian@Byin

Pegawai daripada Daikin:

  1. En. Hammizzul bin Affal
  2. En. Azrifendi bin Adnan

Program ini bertujuan memastikan kelancaran proses pengajaran, kesediaan fasiliti, serta kesesuaian kandungan latihan agar menepati keperluan semasa industri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai ADTEC JTM dan rakan industri Daikin atas komitmen, kerjasama, serta dedikasi dalam menjayakan trial run ini. Semoga usaha ini dapat memperkukuh hubungan industri–institusi sekali gus meningkatkan kualiti tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Skip to content