07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Bengkel Pembangunan eBook yang telah diadakan pada 1 Oktober 2025 bertempat di Smart Classroom Huawei, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 19 orang peserta telah menyertai bengkel ini dengan penuh komitmen. Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua penceramah jemputan iaitu Ts. Norliza Binti Hashim dan Pn. Azurin Ayu Binti Kamarulzaman dari PROTON Institute (ADTEC Melaka) yang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pembangunan eBook secara profesional.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknik penghasilan eBook, meningkatkan kemahiran penyediaan bahan digital untuk tujuan pembelajaran dan penerbitan, serta menggalakkan penghasilan kandungan kreatif dan interaktif. Peserta turut memperoleh pelbagai manfaat termasuk pemahaman aliran kerja lengkap pembangunan eBook, penguasaan aplikasi dan platform penerbitan terkini, serta kemahiran menyusun kandungan yang menarik dan mesra pembaca. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penceramah atas penyampaian yang bermanfaat. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam penghasilan eBook berkualiti pada masa hadapan.

Skip to content