07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Alhamdulillah, sepanjang minggu 17 – 29 September telah berlangsung Islamic Living Week dengan pengisian yang pelbagai, meliputi aspek kerohanian, fiqh ibadah, serta kecintaan kepada tanah air bertempat di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Matlamat utama program ini adalah untuk:
-Menyemarakkan semangat hidup berteraskan Islam dalam setiap aspek kehidupan.
-Memberi kefahaman kepada peserta tentang asas ibadah harian (toharah, solat, mandi wajib, tayamum).
-Mengukuhkan rasa cinta kepada tanah air bersempena Hari Malaysia.
-Meningkatkan amalan kerohanian melalui bacaan Yasin, doa selamat, zikir dan solat hajat.

Rangkaian Program:
17/9 (Rabu) – Proud 2 be Malaysian
-Aktiviti sempena patriotisme dan kecintaan kepada negara.
18/9 (Khamis) – Hari Malaysia: Bacaan Yasin, Solat Hajat & Doa Selamat
-Doa khusus untuk kesejahteraan umat dan tanah air.
22/9 (Isnin) – Bengkel Toharah & Tayamum
-Kefahaman bersuci sebagai asas sah ibadah.
23/9 (Selasa) – Bengkel Amali Solat & Susunan Saf – Latihan praktikal menunaikan solat dengan sempurna.
24/9 (Rabu) – Bengkel Amali Mandi Wajib – Penekanan bersuci diri secara sempurna menurut syariat.
25/9 (Khamis) – Serenity of Remembrance- Menghidupkan jiwa dengan zikrullah dan tadabbur.
29/9 (Isnin) – Seminar “The Art of Living Islam” – Pencerahan tentang keindahan hidup bersyariat dalam dunia moden.

Mudah-mudahan usaha murni ini menjadi wasilah dalam memperkukuh kefahaman agama, meningkatkan amal soleh, dan menyemai kecintaan kepada tanah air tercinta.

Skip to content