07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 30 September 2025 (Selasa), jam 7.30 malam, telah berlangsung satu program santai perkongsian ilmu bertajuk “Lisan Boiler Man” bertempat di Surau Al-Mawaddah, ILPPG.

Program ini menampilkan jemputan khas, En. Ahmad Ainul Hakimi Bin Ahmad Jefri, seorang alumni yang kini berjaya dalam bidang industri sebagai Boiler Man. Beliau berkongsi pengalaman suka duka, cabaran serta motivasi bagaimana dunia TVET mampu membuka jalan kerjaya yang stabil dan penuh peluang.

Antara intipati yang dikongsikan:

-Kepentingan disiplin dan sikap positif dalam menempuh cabaran kerja.

-Nilai tambah yang perlu ada pada graduan TVET untuk bersaing di industri.

-Inspirasi agar pelajar tidak mudah putus asa dan berani merebut peluang.

Program anjuran MPP ILPPG ini berjaya menarik perhatian ramai pelajar yang hadir memenuhi ruang surau. Suasana menjadi lebih bermakna apabila perkongsian disampaikan dalam nada santai namun penuh pengajaran.

Semoga perkongsian ini menjadi suntikan semangat kepada semua pelajar untuk terus berusaha, yakin dengan laluan TVET, dan menggenggam kejayaan di masa hadapan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.

Skip to content