07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 1 Oktober 2025 (Rabu) telah berlangsung satu program istimewa bertajuk “ TVET INSPIRE TALK” bertempat di Surau Al-Mawaddah, ADTEC Kampus Pasir Gudang. Program ini menampilkan Encik Mohd Alif Bin Zakaria, alumni jurusan kimpalan ADTEC Pasir Gudang yang pernah dijemput khas sebagai panel Podcast Jom Heboh TV3 2025. Kehadiran beliau sebagai ikon TVET memberi peluang besar kepada para pelajar untuk mendapat inspirasi, motivasi serta perkongsian pengalaman sebenar dalam dunia kerjaya TVET.

Antara intipati bual bicara ini termasuk:
-Perjalanan kerjaya selepas graduasi
-Cabaran dan peluang dalam bidang kimpalan serta industri TVET
-Tip membina keyakinan diri dan nilai tambah sebagai pelajar TVET
-Inspirasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan

Majlis ini mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar dan warga ADTEC Pasir Gudang. Melalui perkongsian ini, diharapkan ia mampu memberi suntikan semangat serta membuka minda pelajar terhadap luasnya peluang dalam bidang kemahiran dan TVET.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Pasir Gudang dengan harapan dapat melahirkan generasi pelajar TVET yang berilmu, berkeyakinan dan berdaya saing di peringkat lebih tinggi.

Skip to content