Lawatan muhibbah serta sesi temuduga kepada pelajar akhir semester bidang Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal, Instrument Perindustrian, Elektrikal dan Pemesinan CNC oleh Epson Precision (J) Sdn. Bhd. pada 2 Oktober 2025.
Delegasi Epson diketuai oleh En. Kamaruzaman dari Bahagian Human Resources & Management, dan telah disambut mesra oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus.
Program ini membuka peluang pekerjaan dan penempatan kerjaya kepada pelajar ADTEC, sejajar dengan usaha membangunkan modal insan berkemahiran tinggi untuk industri. Terima kasih diucapkan kepada pihak Epson Precision (J) Sdn. Bhd. atas kerjasama strategik dalam memberi ruang dan peluang kepada pelajar ADTEC.
