Lawatan kerja ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama Johor Talent Development Council (JTDC) ke syarikat Bunge Loders Croklaan (M) Sdn Bhd. pada 3 Oktober 2025.
Perbincangan tertumpu kepada kerjasama strategik dalam melahirkan tenaga mahir tempatan serta peluang kerjaya untuk pelajar dan graduan.
Delegasi telah disambut mesra oleh pegawai sumber manusia, Ms. Susan Lee. Terima kasih kepada pihak Bunge Loders Croklaan (M) Sdn Bhd atas sambutan baik dan kesediaan bekerjasama.
Semoga kerjasama ini membuka lebih banyak ruang pembangunan modal insan di Johor.
