Pada 3 Oktober 2025 (Jumaat) telah berlangsung Program Sentuhan Nurani & Motivasi bertempat di SMK Kota Masai, Pasir Gudang. Program ini disertai seramai 60 orang pelajar Tingkatan 5 (Program Khas). Pihak sekolah dengan berbesar hati telah menjemput Tn. Hj. Noorazam bin Yaakob selaku pengendali program, dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Pengisian Program:
-Solat Maghrib & Isyak berjemaah.
-Solat Hajat dan Taubat bersama-sama.
Slot Hijrah Kembali Fitrah yang menyentuh hati.
-Ceramah Motivasi dengan pembentangan slide & video kejayaan Alumni ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Para pelajar amat teruja dan termotivasi apabila melihat paparan gambar dan video kejayaan alumni ADTEC Pasir Gudang. Ia memberi inspirasi bahawa kejayaan tidak mustahil dicapai dengan kesungguhan, disiplin dan perubahan sikap positif.
Program ini bukan sahaja menyentuh hati pelajar untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah, tetapi juga menyuntik semangat agar mereka terus berusaha mengejar kejayaan dalam peperiksaan serta masa depan.
Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah dan pemangkin kepada lahirnya generasi pelajar yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
