07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Bagi meningkatkan kecekapan dan pengetahuan tenaga pengajar dalam bidang latihan automotif, Jabatan Mekanikal Automotif ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Pendedahan Penggunaan Simulator Terkini selama 2 hari bermula 6 hingga 7 Oktober 2025.

Kursus ini melibatkan 6 orang tenaga pengajar Jabatan Automotif dan memberi fokus kepada penggunaan simulator terkini dalam latihan automotif seperti:

•ABS Simulator
• EPS (Electric Power Steering) Simulator
• Air Conditioning Simulator
• Alignent machine

Sepanjang kursus, para peserta diberi pendedahan melalui:

✅ Penerangan fungsi komponen
✅ Demonstrasi sistem
✅ Latihan praktikal
✅ Aktiviti troubleshooting

Kursus ini amat bermanfaat dalam memperkukuh kemahiran tenaga pengajar serta meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran menggunakan teknologi terkini.

Skip to content