07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

8 Oktober 2025 – Pengarah ADTEC JTM Pasir Gudang, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus telah mengadakan sesi perjumpaan bersama barisan pengurusan kampus bagi tujuan memperkukuh hala tuju serta kesefahaman terhadap rasionalisasi bagi perubahan struktur pengurusan tertinggi kampus tersebut.

Di dalam sesi tersebut, beliau turut menyampaikan amanat penting berkaitan strategi kepimpinan untuk penambahbaikan organisasi selain daripada menyerahkan surat lantikan rasmi kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam struktur baharu.

Diharapkan perubahan tersebut akan menjadi pemangkin terhadap peningkatan tadbir urus, produktiviti dan kecemerlangan kepimpinan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang selaras dengan aspirasi Jabatan Tenaga manusia (JTM).

Skip to content