07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

9 Oktober 2025 | Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, bersama Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan serta Pen. Pengarah CESS, telah mengadakan lawatan muhibbah ke Johor Talent Development Council (JTDC). Delegasi ADTEC JTM disambut mesra oleh En. Hilmy bin Hj. Hussain, Ketua Penyelaras JTDC, bersama-sama pegawai-pegawai JTDC yang turut hadir.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama dalam bidang pembangunan modal insan TVET di Negeri Johor, khususnya dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan industri. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak JTDC atas sambutan mesra dan sesi perkongsian yang sangat bermakna. Semoga kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama.

Skip to content