07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, bersama Johor Talent Development Council (JTDC), telah mengadakan lawatan muhibbah industri pada 10 Oktober 2025 ke 3 buah syarikat iaitu:

-TN Engineering Sdn. Bhd.
-AWH Venture Sdn. Bhd.
-EEW (M) Sdn. Bhd.

Delegasi disambut mesra oleh:
En. Tajul Arifin, Pengurus Besar TN Engineering
Pn. Norlizah Wagiman, Penolong Pengurus AWH Venture
Pn. Halimah Mohd Ali, Pengurus Sumber Manusia EEW (M) Sdn. Bhd.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara institusi latihan dan industri, khususnya dalam aspek penempatan latihan pelajar ADTEC serta pembangunan kursus jangka pendek.

Pihak JTDC turut berperanan sebagai penghubung utama antara industri dan institusi latihan di bawah Kerajaan Negeri Johor, bagi memperluas peluang latihan dan pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi.

Terima kasih diucapkan kepada semua syarikat atas sambutan mesra dan sokongan padu terhadap inisiatif pembangunan modal insan negeri Johor.

Skip to content