07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

11 OKTOBER 2025 – Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor bersama Kerajaan Negeri Johor berlangsung dengan meriah di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang, melibatkan lebih 10,000 peserta dari pelbagai institusi dan lapisan masyarakat. Program ini bertujuan menggalakkan budaya hidup aktif selari dengan agenda Malaysia MADANI.

Pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir turut serta secara aktif dalam pelbagai acara sepanjang program, antaranya:
-Larian Ria Madani – Larian santai sejauh 5km.
-Aktiviti Wall Climbing (Mari Mencuba) – Cabaran fizikal untuk menggalakkan penglibatan dalam sukan ekstrem.
-Pertandingan e-Sukan – Disertai oleh pasukan pelajar dalam suasana kompetitif dan sihat.
-Booth & aktiviti komuniti lain – Termasuk senamrobik, kuiz, permainan tradisional dan pameran kesihatan.

Penyertaan ini memperlihatkan semangat kesukanan, disiplin dan komitmen pelajar dalam menjayakan acara di peringkat Negeri Johor. Program HSN Johor 2025 ini dirasmikan oleh YB Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.

Penyertaan dalam HSN 2025 ini memberi peluang kepada pelajar untuk membina jati diri, menanam minat terhadap aktiviti sihat serta meningkatkan interaksi sosial di luar bilik kuliah. Pegawai ADTEC JTM Kampus PG&S juga telah memenangi Johan kategori wanita Pertandingan BIGGEST LOSER KBS Peringat Negeri Johor 2025 dan membawa pulang RM1500.00 serta sijil penyertaan. Pihak kampus merakamkan penghargaan kepada penganjur serta berharap penglibatan ini dapat diteruskan dalam acara akan datang.

Skip to content