07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 12 Oktober 2025 – Seramai 7 orang pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai Program Klinik Paintball anjuran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bersempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Johor 2025.

Program ini telah berlangsung di TMIYC Pasir Gudang, dengan objektif untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat khususnya golongan belia.

Penyertaan pelajar ini mencerminkan sokongan institusi terhadap agenda nasional dalam memperkasakan sukan serta membina jati diri pelajar melalui aktiviti luar kampus. Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah diberikan pendedahan tentang teknik permainan paintball secara selamat serta mengambil bahagian dalam aktiviti simulasi perlawanan.

Pihak institusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang atas jemputan dan penganjuran program yang bermanfaat ini. Diharapkan penglibatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan komuniti dan meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sihat dan berimpak.

Skip to content