07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

12 OKTOBER 2025 – Program Jelajah Orang Johor (JOJ) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang bertujuan merakyatkan pentadbiran, memperkukuh perpaduan serta mendekatkan rakyat dengan agenda pembangunan Johor. JOJ Peringkat DUN Larkin menyaksikan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan belia, dan pelajar institusi pendidikan.

Pelajar dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang jugak tidak ketinggalan untuk turut terlibat secara aktif dalam program ini sebagai sukarelawan belia yang komited menyumbang kepada komuniti setempat.

Sebanyak 90 orang pelajar ADTEC telah mengambil bahagian dalam aktiviti berikut:

Gotong-Royong Mengecat Pagar SMK Bandar Baru UDA
Semarak Subuh
– Pelajar menyertai solat Subuh berjemaah bersama penduduk setempat di surau terpilih, diikuti tazkirah ringkas dan sesi ramah mesra.

Briskwalk ke UDA Land
– Aktiviti berjalan santai sambil mengeratkan hubungan komuniti dan memupuk gaya hidup sihat. Laluan sekitar kawasan perumahan UDA Land menjadi lokasi utama.

Gotong-Royong Mengecat Pagar SMK Bandar Baru UDA
– Pelajar membantu mengecat semula pagar sekolah sebagai usaha menceriakan persekitaran sekolah serta memberi nilai tambah kepada komuniti pendidikan tempatan.

Penyertaan dalam program ini memberi pendedahan kepada pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang tentang pentingnya penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan, kerja sukarela dan nilai integrasi sosial. Ia juga selari dengan hasrat kampus untuk membentuk graduan teknikal yang bukan sahaja mahir dalam bidang akademik, tetapi juga cakna sosial dan aktif berkomuniti.

Pihak kampus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur Program JOJ DUN Larkin, terutamanya kepada YB Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor merangkap ADUN Larkin, atas sokongan dan jemputan kepada institusi pendidikan untuk turut serta di dalam program ini.

Skip to content