07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai menerima lawatan daripada Strategik Modal Insan Negeri Johor yang diketuai oleh En. Zuhair bersama pasukan beliau pada 13 & 14 Oktober 2025.

Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan latihan yang telah disumbangkan oleh pihak Strategik Modal Insan Negeri Johor kepada ADTEC, iaitu:

🔹 Simulator VR Kimpalan jenama Lincoln di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang

🔹 Simulator Latihan PLC Omron di ADTEC JTM Kampus Senai

Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkukuh latihan teknikal dan pembangunan kemahiran pegawai serta pelajar dalam bidang berteknologi tinggi.

Delegasi disambut oleh pegawai daripada CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Strategik Modal Insan Negeri Johor atas sokongan padu dan kerjasama strategik dalam memperkasakan ekosistem latihan TVET di negeri Johor.

Skip to content