ADTEC JTM Kampus Senai hari ini (14 Oktober 2025) menerima kunjungan daripada Wiwynn Technology Service, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Taiwan yang terkenal dalam pembuatan dan penyelesaian sistem pelayan (server systems) untuk pusat data global dan teknologi awan (cloud technology).
Wiwynn kini beroperasi di Senai, Johor, dan merupakan antara pelabur utama dalam sektor elektronik dan teknologi maklumat di Malaysia. Lawatan yang diketuai oleh Pn. Haniz Haziqah dari bahagian Sumber Manusia ini bertujuan menjalankan temuduga serta taklimat kerjaya kepada 13 orang pelajar bidang Elektronik Industri.
Program ini membuka ruang kepada pelajar ADTEC untuk menceburi industri berteknologi tinggi dengan tawaran gaji premium Johor serta peluang kerjaya dalam persekitaran antarabangsa.
Terima kasih kepada pihak Wiwynn Technology Service atas kesudian hadir dan menjalin kerjasama strategik bersama ADTEC JTM Kampus Senai dalam usaha memperkasa peluang kerjaya pelajar TVET.
