07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

14 OKTOBER 2025 – Pertandingan Futsal ADTEC JTM Kampus Senai telah berjaya diadakan bertempat di Gelanggang Futsal Taman Beringin, Senai. Program ini melibatkan penyertaan daripada empat pasukan, terdiri daripada 2 pasukan Teknologi Elektronik Industri dan 2 pasukan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan, meningkatkan kerjasama berpasukan serta mewujudkan hubungan mesra antara pelajar daripada pelbagai jurusan. Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta menunjukkan semangat juang tinggi dan disiplin yang baik di dalam serta di luar gelanggang.

Pertandingan dimulakan dengan Gimik Perasmian oleh Encik Redha Anwar bin Mohamad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, dengan melakukan satu tendangan penalti. Seterusnya perlawanan dijalankan dalam suasana yang meriah dan penuh semangat dengan sorakan penyokong masing-masing. Setiap pasukan mempersembahkan aksi yang bertenaga dan menyerlahkan bakat serta kemahiran dalam permainan futsal.

Pihak penganjur merakamkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding serta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi wadah mengasah bakat sukan dalam kalangan pelajar, malah turut memperkukuh nilai disiplin, komitmen, dan semangat kekitaan yang menjadi teras kepada pelajar TVET.

Skip to content