07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 16 Oktober – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan daripada Seramai 39 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring dari Arjuna SMK Tun Ismail dalam program Lawatan Sambil Belajar yang diadakan pada hari ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai bidang kemahiran teknikal dan vokasional yang ditawarkan di ADTEC, di samping memberi peluang kepada mereka untuk melihat sendiri kemudahan serta suasana pembelajaran di institusi latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar dan guru telah dibawa melawat ke beberapa bengkel latihan utama di kampus, termasuk bengkel kejuruteraan mekanikal, elektrik, automotif dan teknologi maklumat. Pegawai serta tenaga pengajar ADTEC turut memberi penerangan ringkas mengenai fungsi setiap bengkel, peralatan yang digunakan serta peluang kerjaya yang menanti graduan dalam bidang-bidang berkenaan.

Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi pendidikan menengah dan ADTEC, malah diharap dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang kemahiran sebagai pilihan masa depan yang menjamin peluang pekerjaan.

Lawatan berakhir dengan sesi bergambar kenangan antara pihak SMK Tun Ismail dan wakil ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang sebagai tanda penghargaan dan jalinan silaturrahim antara kedua-dua pihak.

Skip to content