Pada 17 Oktober 2025 (Jumaat), ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan rasmi daripada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi tujuan Pentauliahan sebagai Pusat PPA PPT untuk:
Program Servis Kereta Elektrik dan Hibrid G452-007-3:2019 (Mengikut Tahap)
Program Servis Kereta Elektrik dan Hibrid G452-007-3:2019-C02 (Microcredential)
Lawatan ini melibatkan sesi verifikasi fasiliti di Bahagian Teknologi Automotif, dokumen serta pengesahan keupayaan pusat dalam melaksanakan Program Penilaian Amali mengikut standard yang telah ditetapkan.
Terima kasih kepada panel pihak JPK iaitu Pn. Airin binti Jalani dan Pn. Norazuri binti Yusoff atas lawatan pentauliahan yang dilakukan. Semoga pentauliahan ini membuka lebih banyak peluang pembangunan kemahiran kepada bakal peserta dan industri setempat.
