07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Kampus Pasir Gudang I 17 Oktober- Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi bulan Oktober 2025 anjuran Jabatan Elektrik & Elektronik serta Kelab Sukan & Kebajikan Staf telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Oktober 2025 di Dewan Kuliah Utama Kampus Pasir Gudang. Antara pengisian utama sepanjang program adalah pembentangan laporan Latihan Sangkutan Industri (LSI) oleh pengajar-pengajar, sesi perkenalan kakitangan baharu serta ucapan perpisahan kakitanganoleh En Muhammad Farid Bin Muslan yang akan berpindah ke Pejabat Daerah Kesihatan Kota Tinggi mulai 21 Oktober 2025.

Majlis diteruskan dengan amanat daripada Pengarah, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus yang juga menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan pelajar dan staf termasuk pencapaian Naib Johan UNIKL Robattle Competition 2025, kutipan akaun amanah melebihi RM700 ribu serta kejayaan projek komuniti Kampung Angkat Madani. Pengarah turut menghargai prestasi cemerlang kakitangan yang mengharumkan nama kampus di peringkat negeri dan antarabangsa. Beliau turut mengumumkan pelancaran Kempen Kasih Kita bagi kesedaran isu buli, kempen “Sayangi Kampus Kita” bagi program ESG serta penekanan nilai konsep MD(JTM) – Menarik, Mesra, Meriah, Mampan, Dekat dengan rakyat, Damai, Dihargai dan Dihormati sebagai teras budaya kerja warga ADTEC.

Beliau mengakhiri ucapan dengan penghargaan kepada semua staf atas komitmen tinggi serta menyeru semua warga kampus bersiap sedia menghadapi peperiksaan akhir pelajar dengan sasaran 100% lulus cemerlang. Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir kakitangan bagi bulan Oktober, November & Disember, sesi cabutan bertuah serta jamuan makan sebelum bersurai.

Skip to content