16-17 Oktober 2025| ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan profesional daripada wakil PETRONAS (INSTEP & GPD) bagi menyaksikan pelaksanaan dan Penilaian Akhir Welder Qualification Test (WQT) Advance Gas Pipe Fitter.
Pemain industri turut serta sepanjang penilaian berlangsung bagi memberi sokongan dan komitmen padu terhadap pembangunan kualiti program dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET. Antara syarikat yang hadir semasa sesi penilaian berlangsung adalah Halliburton , Asman Kadir Engineering (AKEF), Jurunature Sdn. Bhd, MMHE, Dominant Energy Sdn. Bhd, Poratha Corporation Sdn. Bhd. dan Enproserve
Wakil PETRONAS turut hadir ialah En. Shahrul Reza Bin Zaikhuddin, En. Zaimi Bin Ahmad, En Azmil, En. Mohd Ramzi Bin Ruslan
Sebelum Penilaian satu sesi pengenalan bersama tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus kepada pihak Petronas dan wakil Industri telah di adakan. Pihak Petronas turut mengadakan sesi perbincangan bersama pemain industri bagi mendapatkan pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan dari sudut teknikal dan modul mengikut standard industri Oil & gas terkini.
Penilaian program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan, skop, gambaran keseluruhan prosedur kerja dan sesi amali, di hari kedua melibatkan verifikasi modul latihan. Pihak industri juga turut mengadakan sesi temuduga bersama peserta program.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif VISTA i-PLUS PETRONAS bagi meningkatkan kebolehpasaran pelatih dalam industri minyak & gas. Seramai 20 orang peserta di bawah Program Welder Qualification Test (WQT) dan 13 orang peserta dibawah Program Advance Pipe Fitter telah mengikuti program VISTA I-Plus Petronas-JTM bagi sesi 2/2025 di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
