07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Bersempena dengan Kempen “Sayangi Kampus Kita”, Jawatankuasa Environmental, Social & Governance (ESG) ADTEC JTM Pasir Gudang telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana ESG pada 23 Oktober 2025 (Khamis) yang melibatkan penyertaan semua kakitangan kampus.

Aktiviti gotong-royong ini merangkumi kerja-kerja pembersihan dan proses mengecat di persekitaran kawasan bangunan pentadbiran, Dewan Kuliah Utama serta Bangunan Samsung. Aktiviti dimulakan dengan penyampaian amanat Tuan Pengarah, Ts. Dr. Hj. Azli Amin Bin Ahmad Raus yang memberi penekanan dalam meningkatkan semangat cintakan kampus, menjaga kebersihan serta keindahan kampus kampus seiring dengan amalan ESG.

Program ini bertujuan memupuk semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial, selain memperkukuh amalan kelestarian dan penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga kampus ADTEC JTM. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kampus yang telah memberikan komitmen dan tenaga bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi untuk terus menjaga kebersihan dan keindahan kampus kita bersama.

Skip to content