Bengkel Teknologi Automotif telah menerima dua peralatan baharu iaitu Exhaust Gas Analyzer Machine dan Diesel Common Rail Trainer. Sempena penerimaan ini, kursus telah diadakan pada 22 & 23 Oktober 2025 melibatkan pengajar bengkel Teknologi Automotif. Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengajar dalam penggunaan serta penyelenggaraan peralatan moden bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi terkini.
-Exhaust Gas Analyzer Machine: Pengenalan, fungsi komponen, prinsip operasi, prosedur penggunaan, analisis bacaan gas, dan penyelenggaraan asas.
-Diesel Common Rail Trainer: Pengenalan, komponen utama, prinsip operasi, ujian sistem, diagnostik, dan penyelenggaraan.
Langkah ini memperkukuh usaha mempertingkatkan keupayaan TVET dalam bidang automotif ke arah pendidikan teknikal yang lebih berdaya saing dan berteknologi tinggi.
