PASIR GUDANG, 23 OKTOBER 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang hari ini mengesahkan penerimaan sembilan (9) peralatan latihan automotif berteknologi terkini di bawah Program Pemodenan Bengkel Dalam Bidang Automotif RMK-12 RP3.
Peralatan itu diserahkan secara rasmi oleh syarikat Intelligent Speed Technology Sdn. Bhd. kepada ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Pengurus Operasi syarikat berkenaan, Encik Mohd Asrul Safwan bin Abdul Ghafur, kepada Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus.
Secara simboliknya, majlis turut ditandai dengan penyerahan Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Kursus kepada para pengajar bengkel automotif sebagai tanda kejayaan pemindahan teknologi dan ilmu pengetahuan.
Antara peralatan utama yang diterima termasuk: · Electrical Power Steering Trainer · Diesel Common Rail Trainer · Automatic Car Air-Conditioning Flushing Machine · Exhaust Gas Analyzer Machine · Automatic Air-Conditioning System Training Bench · Anti-Lock Braking System Trainer Simulator · Air Compressor.
Menurut Ts. Dr. Hj. Azli Amin, penambahan aset latihan ini akan meningkatkan keberkesanan latihan teknikal secara signifikan bagi para pelajar. Penyerahan ini menyokong aspirasi TVET dalam melahirkan tenaga kerja mahir, kompeten dan berdaya saing. Ia membuktikan komitmen berterusan kami memastikan fasiliti latihan di ADTEC kekal relevan dengan kehendak industri.
ADTEC Pasir Gudang turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Intelligent Speed Technology Sdn. Bhd. atas sokongan padu dalam menjayakan inisiatif ini. Usaha ini diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti latihan serta memperkukuh hubungan strategik antara industri dan institusi TVET negara.
