Bahagian Penjaga Jentera Elektrik, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Modul Penyegerakkan Janakuasa Voltan Rendah bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam aspek penyegerakkan janakuasa serta sistem pembekalan elektrik.
Kursus ini dijalankan bermula 27 September 2025 hingga 26 Oktober 2025 melibatkan penyertaan seramai 20 orang kompeten industri bagi memenuhi syarat Suruhanjaya Tenaga untuk mengikuti Program Penjaga Jentera Elektrik A4.
Objektif utama penganjuran adalah untuk memberi pendedahan teori dan praktikal berkaitan enjin diesel, penyenggaraan janakuasa, janakuasa tunggusedia dan proses penyegerakkan janakuasa bagi memastikan operasi sistem tenaga berjalan lancar dan stabil.
Penganjuran kursus sebegini bukan sahaja memperkukuh kemahiran teknikal orang kompeten, malah membina keyakinan dan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan serta piawaian kerja profesional dalam bidang tenaga elektrik.
Bahagian Penjaga Jentera Elektrik, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang berhasrat untuk terus melaksanakan pelbagai program peningkatan kemahiran selaras dengan keperluan industri serta aspirasi dalam melahirkan belia berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
