07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 28 Oktober 2025 – Kempen Derma Darah peringkat ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai yang dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Unit ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Platinum, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, hari ini.

Program yang dijalankan bertujuan meningkatkan kesedaran warga kampus mengenai kepentingan menderma darah sebagai amalan kemanusiaan dan tanggungjawab sosial dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan. Usaha murni ini turut melibatkan pasukan Unit Tabung Darah HSA yang diketuai oleh Dr. Shanmugapriya A/P Sivagurunathan, bersama barisan pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

Kempen ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan dan para pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai. Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, dengan sukacita nya turut mengambil bahagian menderma darah sebagai tanda sokongan terhadap kempen dan galakan kepada warga institusi untuk bersama menyumbang.

Penganjuran program seperti ini bukan sahaja menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan warga kampus, malah menyokong usaha Hospital Sultanah Aminah dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi. Menderma darah adalah satu tindakan mudah tetapi memberi impak besar kepada masyarakat. Dengan setitis darah, kita mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang. Sementara itu, wakil Unit Tabung Darah HSA turut merakamkan penghargaan kepada ADTEC JTM atas kerjasama yang sentiasa diberikan dalam membantu meningkatkan stok bekalan darah, khususnya di hospital-hospital sekitar negeri Johor.

Kempen Derma Darah ini berjaya menarik penyertaan yang memberangsangkan sepanjang berlangsungnya program, sekali gus mencerminkan keprihatinan sosial dan semangat kesukarelawanan warga ADTEC JTM terhadap kesejahteraan masyarakat.

Skip to content