07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

28 Oktober 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima sumbangan peralatan latihan daripada CHINT Malaysia Alpha Automation (Selangor) Sdn. Bhd. bertempat di Bengkel Teknologi Elektrik. Sumbangan yang merangkumi aksesori suisan dan bahan latihan lain telah disampaikan oleh wakil syarikat dan diterima oleh Ketua Bahagian Teknologi Elektrik.

Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknologi elektrik serta memperkukuh kemahiran pelajar melalui latihan amali berasaskan peralatan industri sebenar. Inisiatif ini turut mempererat hubungan kolaboratif antara pihak industri dan institusi pendidikan dalam memperkasakan bidang TVET.

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan penghargaan kepada CHINT Malaysia atas sumbangan dan sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan kualiti latihan kemahiran pelajar.

Skip to content