07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

29 Oktober 2025 | ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dibawah Bahagian Tek. Kimpalan berbesar hati menerima sumbangan peralatan latihan canggih di bawah Program JTM-Kumai Academy.

Sumbangan berharga ini, yang merangkumi 3 unit Simulator Kimpalan, Bandsaw, Smart Board dan 2 Smart TV, akan menjadi aset penting dalam menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Bahagian Teknologi Kimpalan.

Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran pelajar, memastikan latihan amali berasaskan peralatan industri yang sebenar dan terkini serta mengeratkan hubungan kolaborasi bersama institusi. Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan padu ini demi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang selari dengan keperluan industri dinamik.

Skip to content