07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program gotong-royong ini diadakan pada 1 November 2025 (Ahad) anjuran ADTEC JTM Kampus PG & Senai sebagai persediaan bagi Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang akan berlangsung di Balai Raya Kampung Sinaran Baru. Aktiviti ini turut dilaksanakan di Dewan Serbaguna Kampung Tawakal, yang menjadi lokasi sokongan dalam menjayakan majlis tersebut. Antara objektif program ini adalah:

  1. Menyediakan kawasan majlis agar dalam keadaan bersih, ceria dan kondusif.
  2. Memupuk semangat kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan warga JTM serta masyarakat setempat.
  3. Mengukuhkan hubungan antara institusi latihan JTM dengan komuniti tempatan.
  4. Menyemai nilai tanggungjawab sosial dan semangat Madani di kalangan pelajar dan pegawai.
    Program ini disertai oleh pegawai dan pelajar dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang serta Kampus Senai, yang juga merupakan Ahli Southern Volunteer (SV) di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Johor. Turut hadir ialah wakil komuniti kampung, pemimpin tempatan dan pihak urus setia JTM.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:

  1. Membersihkan kawasan balai raya dan dewan.
  2. Mengemas serta menyusun kerusi meja bagi majlis peluncuran.
  3. Memasang kain rentang, hiasan dan penanda arah majlis.
  4. Gotong-royong membersihkan kawasan luar seperti longkang dan halaman.

Program gotong-royong ini berjaya mencapai matlamatnya dengan melibatkan penyertaan aktif daripada semua pihak. Ia bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukarelawanan dan kerja berpasukan, malah memperlihatkan komitmen Jabatan Tenaga Manusia dalam menjayakan agenda Kampung Angkat Madani selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa hubungan institusi latihan kemahiran bersama masyarakat.

Skip to content