07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

3 November 2025, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor. YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah mengetuai lawatan kerja ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) bersama pengarah-pengarah Bahagian JTM, pengarah-pengarah ADTEC JTM, serta wakil dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Delegasi JTM telah disambut mesra oleh pihak pengurusan atasan PTP yang diketuai oleh Encik Jaizal Kamar Jalaludin, Senior General Manager, Human Capital Management Department, bersama Encik Nasution Saad Putra Saad, General Manager, Government Liaison & Free Zone Authority Department, dan Encik Mohd Hisham Abdul Majid, Senior Manager, Learning & Development Department, serta kakitangan bahagian pentadbiran yang lain.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara JTM dan PTP, khususnya dalam usaha mewujudkan program latihan dan pembangunan kemahiran berkaitan sektor pelabuhan di institusi di bawah JTM.

Delegasi turut diberikan taklimat korporat oleh pihak PTP serta berpeluang melakukan lawatan ke kawasan terminal pelabuhan, bagi meninjau operasi, infrastruktur dan teknologi pelabuhan bertaraf dunia yang menjadi nadi utama sektor logistik negara.

Lawatan ini turut menyaksikan majlis menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) sebagai tanda komitmen ke arah kerjasama strategik dalam bidang latihan industri, pembangunan kemahiran TVET dan peluang pekerjaan kepada pelajar. Dokumen tersebut ditandatangani oleh Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang mewakili JTM, dan Encik Jaizal Kamar Jalaludin, Senior General Manager, Human Capital Management Department, mewakili PTP.

Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk melaksanakan latihan bagi NOSS Operasi Penyenggaraan Pelabuhan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, sebagai langkah permulaan dalam memperkasa tenaga kerja mahir khususnya dalam bidang operasi pelabuhan dan logistik.

Kerjasama ini dijangka menjadi platform strategik dalam memperkukuh pelaksanaan program TVET berasaskan industri, sejajar dengan usaha kerajaan memperkasa agenda TVET Malaysia dan melahirkan tenaga kerja kompeten yang memenuhi keperluan industri semasa.

Skip to content