PASIR GUDANG, 6 November 2025 – Satu Pertandingan Drone Challenge telah berlangsung dengan jayanya di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bersempena dengan Karnival Kerjaya TVET 2025 dan Majlis Peluncuran JTM-KUMAI Welding Academy.
Pertandingan kali ini telah menarik penyertaan sebanyak 14 kumpulan daripada 10 institusi TVET termasuk ADTEC JTM, IKBN dan Kolej Vokasional yang telah mempamerkan kemahiran serta ketangkasan dalam pengendalian teknologi drone.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang:
🥇 JOHAN
Peserta: MUHAMMAD MUIDZ HAQEEM BIN AZRI & M. AMIRUL SYAZWAN BIN MOHD SAH
Institusi: ADTEC JTM KAMPUS SENAI
🥈 NAIB JOHAN
Peserta: AHMAD DARWISY BIN MOHD OSMAN & MUHAMMAD ISKANDAR BIN WIRA
Institusi: KOLEJ VOKASIOANAL MUAR
🥉 TEMPAT KETIGA
Peserta: AHMAD DARWISY BIN AMIR JUNAIDI & LUQMAN NAFIS BIN KHAIRUL HAFIZ
Institusi: KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PIAI
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua peserta dan institusi lain yang telah mengambil bahagian. Penyertaan anda semua telah memeriahkan lagi Karnival Kerjaya TVET 2025. Kita jumpa lagi di pertandingan lain akan datang.
