07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

7 November 2025, Simpang Renggam. Pasukan Promosi ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah mengadakan sesi promosi di SMK Simpang Renggam.

Aktiviti yang disertai oleh lebih 200 pelajar Tingkatan 4 & 5 ini menumpukan kepada pembukaan booth pameran dan sesi penerangan TVET, di mana para pelajar berpeluang berinteraksi secara langsung, bertanya soalan, dan mengetahui lebih lanjut tentang program latihan kemahiran dan laluan kerjaya menarik yang ditawarkan oleh ADTEC / JTM.

Sambutan daripada para pelajar sangat positif, ramai menunjukkan minat untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknikal dan teknologi selari dengan keperluan industri masa kini.

Terima kasih kepada pihak SMK Simpang Renggam atas kerjasama dan sokongan dalam usaha memperkukuh penyebaran maklumat TVET kepada pelajar.

Skip to content