PASIR GUDANG, 6 November 2025 – Sempena Karnival Kerjaya TVET 2025 dan Majlis Peluncuran JTM-KUMAI Welding Academy, satu Pertandingan Basic Welding telah berlangsung dengan jayanya di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Walaupun sekadar asas, namun ini memberi satu mesej yang sangat jelas: industri kimpalan berkualiti tinggi bermula daripada penguasaan kemahiran asas yang sempurna.
Pertandingan ini telah menyaksikan kesungguhan 9 orang peserta muda, bukan sahaja dari Kolej Vokasional (KV) malah juga dari peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Ini menunjukkan pendedahan dan minat terhadap kemahiran TVET kini bermula di peringkat yang lebih awal.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah menunjukkan kemahiran terbaik:
🥇 JOHAN
PESERTA: ZAINDDY SABOH
INSTITUSI: KOLEJ VOKASIONAL TANJONG PIAI
🥈 NAIB JOHAN
PESERTA: MUHAMMAD SYAHMI RAIHAN BIN ABD RAHMAN
INSTITUSI: KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI
🥉 TEMPAT KETIGA
PESERTA: DANISH BAKIL
INSTITUSI: KOLEJ VOKASIONAL TANJONG PIAI
Syabas kepada semua peserta yang mengambil bahagian! Penguasaan kemahiran asas adalah langkah pertama untuk menjadi pakar kimpalan yang berjaya.
