PASIR GUDANG, 6 November 2025 – Seiring dengan teknologi Industri 4.0, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang turut mengadakan Pertandingan Welding Simulation semasa Karnival Kerjaya TVET 2025 dan Majlis Peluncuran JTM-KUMAI Welding Acadamy. Ini menandakan satu langkah besar dalam melahirkan pakar kimpalan bertaraf antarabangsa terus dari institusi JTM.
Dalam pertandingan ini para peserta dapat mempamerkan ketepatan, ketelitian, dan kemahiran kimpalan mereka menggunakan teknologi simulasi terkini. Kemahiran mengimpal kini turut menggunakan teknologi AR dan VR membolehkan latihan dijalankan dengan selamat dan efisien.
Pertandingan ini telah disertai oleh 16 orang peserta dari pelbagai institusi TVET termasuk ADTEC JTM, Politeknik, Kolej Vokasional, IKBN serta IKM. Berikut merupakan pemenang pertandingan:
🥇 JOHAN
NAMA: MUHAMAD AKMAL SHAH BIN MOHD YUSRI
INSTITUSI: POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
🥈 NAIB JOHAN
NAMA: MUHAMMAD ADAM ASRI BIN MOHD AZMAN
INSTITUSI: KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PIAI
🥉 TEMPAT KETIGA
NAMA: MUHAMMAD ALIF NAUFAL BIN SHOLEHIN
INSTITUSI: KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI
Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyahut cabaran dan menunjukkan kemahiran kimpalan digital mereka. Anda adalah masa depan industri kimpalan negara!
