07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 8 hingga 9 November 2025, kursus Air – Conditioner Certified Trainer (ACCT) RA Installation telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Senai. Seramai 8 orang peserta daripada industri telah menghadiri kursus ini. Tenaga pengajar terdiri daripada En. Mohd Qayyum bin Mohd Khalid selaku pengajar utama yang dibantu oleh En. Hasri bin Aly Imran, manakala trainer daripada Daikin Malaysia ialah En. Muhammad Azra’ie bin Ayub.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada teori asas penyaman udara serta latihan amali seperti kerja-kerja flaring dan wiring serta pemasangan penyaman udara mengikut kehendak serta piawaian industri semasa.

Diharapkan agar semua peserta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam meningkatkan kecekapan serta profesionalisme dalam bidang penyaman udara.

Skip to content