07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Johor Bahru, 4 November 2025 – Pegawai-pegawai dari Unit Hubungan Industri dan Komunikasi Korporat ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru bagi memperkukuh hubungan kolaborasi antara kedua-dua institusi.

Lawatan ini disambut oleh Tn Hj Hassan bin Hushin dari Lembaga Pengelola Sekolah Islam Hidayah, Tn Hj Kusaini bin Kandar, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Islam Hidayah, Tn Hj Mohd Jelani bin Ramly selaku Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Islam Hidayah, serta pegawai-pegawai kanan lain.

Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam bidang TVET serta pendidikan dan pengajaran Islam, bagi memastikan pelajar mendapat manfaat daripada pendekatan pendidikan yang holistik dan bersepadu.

Sepanjang lawatan, sesi perbincangan dijalankan secara interaktif, melibatkan pertukaran pandangan dan cadangan mengenai program-program kolaboratif. Hasil daripada perbincangan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama rasmi dan akan menandatangani Letter of Intent (LoI) sebagai komitmen awal bagi menjayakan usaha bersama.

Lawatan ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang bagi pelajar dan tenaga pengajar kedua-dua pihak, selaras dengan matlamat ADTEC JTM untuk membangunkan kepakaran dalam bidang teknikal dan vokasional serta memperkukuh pendidikan berasaskan nilai Islam.

Skip to content