07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

PASIR GUDANG, 6 November 2025 – Sempena Karnival Kerjaya TVET 2025 dan Majlis Peluncuran JTM–KUMAI Welding Academy, telah berlangsung Karnival Keusahawanan dengan jayanya di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Penyertaan merangkumi vendor luar serta usahawan Jualan Ramah Madani dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, yang turut memeriahkan aktiviti jualan pada hari tersebut. Sebanyak 19 buah gerai dan 3 buah food truck telah mengambil bahagian, menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman dan produk kepada para pengunjung.

Para juru jual yang terlibat juga meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana diberi peluang mempromosikan dan memperkenalkan hasil jualan mereka kepada warga komuniti Pasir Gudang serta para pelajar.

Kehadiran komuniti setempat khususnya warga Pasir Gudang serta para pelajar telah menambahkan lagi kemeriahan dan menyumbang kepada kejayaan penganjuran karnival ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Keusahawanan ini sehingga berlangsung dengan begitu meriah dan lancar.

Skip to content