07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

14 November 2025, PASIR GUDANG – satu Kursus Basic Life Support (BLS) telah berjaya dianjurkan serentak dengan penerimaan peralatan Automated External Defibrillator (AED) yang baru untuk ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang yang diperolehi melalui peruntukan amanah institut. Inisiatif ini adalah langkah proaktif kami dalam memperkasakan tahap kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan di persekitaran kampus. Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Mohd Sofuan Bin Azahri, seorang Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bertauliah dari Poliklinik Sihat Taman Bukit Dahlia.

Kursus ini telah disertai oleh 15 orang barisan hadapan organisasi yang terdiri daripada Ketua Team First Aider Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Kakitangan Pentadbiran, Warden Asrama dan Pegawai dari Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan. Para peserta telah diberikan pendedahan teori dan latihan praktikal (hands-on) mengenai teknik bantuan pernafasan (CPR) dan kaedah penggunaan AED yang betul. Dengan adanya peralatan AED baru dan latihan kemahiran BLS yang diperolehi, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang kini lebih bersedia untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan perubatan.

Skip to content