Pengarah PIC Engineering Solutions Sdn. Bhd. – Mr. Wang Gee Kiang telah mengadakan lawatan rasmi ke ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai pada 14 November 2025. Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah ADTEC JTM, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus.
Pertemuan ini membincangkan potensi kerjasama latihan industri, program peningkatan kemahiran, serta kursus jangka pendek bagi memperkukuhkan kompetensi pelajar dan tenaga kerja industri.
Sesi lawatan turut melibatkan tinjauan ke beberapa fasiliti latihan utama di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, bagi menilai peluang kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Semoga jalinan ini membuka lebih banyak ruang kolaborasi bermanfaat antara ADTEC JTM dan pihak industri.
