07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

14 November 2025 | ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan 9 orang staf Kolej Vokasional Tanjung Piai.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah, Ts. Eza binti Monzaid, diikuti dengan taklimat pengenalan institut oleh Pegawai CeSS, En. Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab. Rombongan kemudian mendengar pembentangan pelaksanaan program TVET dan kurikulum yang disampaikan oleh Ts. Dr. Dayangku Suraya binti Awang Jafar.

Seterusnya, rombongan dibawa ke Bengkel Teknologi Automotif, melibatkan:
🔹 Sesi perkongsian amalan terbaik
🔹 Penerangan mengenai peralatan latihan
🔹 Perbincangan bersama tenaga pengajar

Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi dan meningkatkan pelaksanaan TVET demi pembangunan tenaga kerja mahir yang berkualiti tinggi.

Skip to content