07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pengetua SMK Taman Megah Ria, Puan Soranam a/p Karupayah telah hadir ke ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bersama guru Penyelaras Jaringan dan Jalinan Sekolah, Puan Nurul Eliyana Binti Mohd Yazed. Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh tuan pengarah kampus, Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus bersama pegawai dari unit CESS pada Jumaat 14 November 2025.

Perbincangan dalam kunjungan kali ini berfokuskan kepada maklumbalas pihak sekolah terhadap penyertaan pelajar sekolah tersebut dalam program yang dianjurkan oleh pihak kampus bersempena Karnival Kerjaya TVET 2025 yang telah berlangsung pada 6 November yang lalu serta cadangan pihak sekolah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kakitangan dan pelajar kampus ini dalam menyediakan pagar jeriji dan sengkuap di bangunan sekolah mereka.

Hasil dari sesi perbincangan pihak kampus akan mengadakan taklimat laluan kerjaya kepada pelajar- pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar laluan bagi kerjaya mereka menerusi bidang tvet. Dalam perbincangn itu juga pihak pengurusan kampus bersetuju untuk membantu pihak sekolah dalam pemasangan jeriji dan sengkuap di bawah program TCP.

Skip to content