07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 15 & 16 November 2025, ADTEC JTM Kampus Senai telah berjaya menganjurkan Kursus ACCT RA Installation yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, En. Mohd Qayyum bin Mohd Khalid. Kursus ini telah disertai oleh 6 orang peserta dari industri, merangkumi latihan teori dan praktikal yang memberi pendedahan mendalam mengenai pemasangan sistem ACCT RA mengikut standard industri semasa.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini! Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kecekapan kerja serta memberi nilai tambah kepada organisasi masing-masing. ADTEC JTM terus komited menyediakan latihan teknikal berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan industri.

Skip to content