07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

18 November 2025 (Selasa) – Seramai 21 orang yang terdiri daripada warga pengurusan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Lawatan ini diketuai oleh Ts. Eza binti Monzaid, Timbalan Pengarah Latihan.

Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Puan Nor Rumaizah binti Azmi, sebelum majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ts. Junita binti Mohamed Ali, Pengarah IKTBN Bukit Mertajam. Sesi diteruskan dengan taklimat oleh En. Muzkhairil bin Muhamad, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Bukit Mertajam, yang menjelaskan perancangan pembangunan fasiliti serta perolehan bangunan solar sebagai inisiatif masa depan institut. Seterusnya, sebelum lawatan fizikal ke tapak, peserta diberikan penerangan berkaitan bangunan dan pemasangan sistem solar melalui tinjauan udara (drone) yang dikendalikan oleh Puan Hafizah binti Talib.

Lawatan pertama dibawa ke bangunan solar di tingkat atas untuk meninjau sendiri proses pemasangan panel solar serta konsep pembangunan yang digunakan. Delegasi turut dibawa ke Smart Classroom, melihat demonstrasi sistem Water Harvesting, serta mencuba penggunaan Virtual Reality (VR) dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan kerja-kerja pendawaian. Selain itu, peserta berpeluang melawat Makmal Automasi dan Smart House di Bengkel Elektrik sebagai pendedahan tambahan mengenai infrastruktur pembelajaran moden di IKTBN.

Melalui lawatan penandaarasan ini, adalah diharapkan agar segala maklumat dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh hala tuju pembangunan kemudahan serta kecemerlangan latihan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak IKTBN Bukit Mertajam atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi kepakaran bagi menjayakan lawatan ini.

Skip to content