Selasa, 18 November 2025 – Kakitangan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai berbesar hati menyantuni komuniti Orang Asli yang ditemui di beberapa gerai jualan sepanjang perjalanan menuju lokasi Program Unityworks: Mengikat Sinergi, Menjana Prestasi (Team Building) 2025.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak kampus dalam memperluas promosi ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, khususnya kepada komuniti Orang Asli di luar negeri Johor. Melalui pendekatan santai tetapi bermakna ini, para peserta program mengambil peluang untuk beramah mesra, membeli hasil jualan mereka serta memperkenalkan konsep TVET dan peranan ADTEC JTM dalam pembangunan kemahiran.
Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai peluang latihan kemahiran yang ditawarkan JTM, seterusnya memperkukuh hubungan baik antara ADTEC JTM dan komuniti Orang Asli sebagai rakan strategik dalam agenda pembangunan masyarakat.
