07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

19 November 2025 | Program Fiqh Mudah: Ruksyah Wudhu’ telah berlangsung dengan jayanya di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Program ini memberi pendedahan jelas kepada peserta mengenai kemudahan syariat (ruksyah) dalam wudhu’, khususnya situasi yang sering berlaku seperti kecederaan, balutan, kekurangan air, serta keadaan darurat. Perkongsian ini membantu peserta memahami cara menggabungkan usap (masah), tayammum dan rukhsah wudhu’ dengan betul mengikut keadaan masing-masing.

Sebagai nilai tambah, peserta turut menyertai sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator pelajar yang terlatih. Pendekatan interaktif ini menjadikan sesi lebih hidup, memupuk kerjasama serta memberi kefahaman praktikal kepada semua yang hadir.

Program ini diadakan sebagai usaha memperkukuhkan kefahaman agama dalam kalangan warga kampus, di samping menegaskan bahawa syariat Islam membawa kemudahan dan bukan kesusahan. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini menjadi panduan untuk meningkatkan kesempurnaan ibadah seharian.

Skip to content